Sunday, April 26, 2009

Kenapa Meniti Harapan?

~assalamu'alaikum~

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

"Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah
orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat"

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

Aku...
Malam menjelang senja.....ketika perjalanan menuju ke arah "bilikku-rumahku", terserempaklah dengan seorang kawan yang sudah lama ingin mencariku kerana bihunnya yang sudah berminggu di sisi ku~almaklumlah bihun cap makkah banyak berkatnya kerana kedudukan asal bihun yang strategik.

Suasana bilikku yang aman, memukau kawanku untuk melepak seketika. Sudah sedia maklum, keadaan yang aman melahirkan keinginan untuk berbual-bual, dan disenikannya lagi dengan kehadiran internet broadband yang baru diakseskan ke kediamanku.

Tajuk perbualan dimulai dengan jemputan melawat blog "Suatu Perjalanan" oleh kawanku. Sesungguhnya kemalasanku untuk melawat blog adalah sederhana, apatah lagi menjadi penulis blog yang peka dan rajin vs malas. Akhirnya, kawanku berjaya menarik keinginanku untuk membuat blog.

Aku yang malas ingin menjadi rajin, mungkin dengan "Meniti Harapan" otakku akan sentiasa berpusing-pusing untuk diperah isinya.
Idea tajuk blog datang secara tiba-tiba yang mula-mulanya bertajuk "Entah" kerana tidak pernah terfikir untuk membuat blog. Mungkin dalam Meniti Harapan akanku selitkan tentang hidupku, dan sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama.

"Setiap orang mempunyai harapan, dengan harapanlah kita sentiasa mencari erti kehidupan di bumi ini."Meniti Harapan" seolah-olah aku yang sedang berjalan ke satu arah, matlamatku ketika aku masih bernafas." -rusydi

Adakah sesuatu yang aku lakukan selaras harapanku?..
Bagaimanakah harapan membentuk jalan hidupku?..
Kenapa harapan penting?...

...Pagi yang menjelang, menggerakan seseorang yang rapat datang ke "bilikku-rumahku" dengan tujuan untuk menggunakan internet. Aktiviti kami semakin rancak, dari blog diskusi beralih ke Facebook, Hi5, Flixters, Friendster, dan Yahoo-Gmail accounts ~ Setiap tajuk utama, terdapat pula sisipannya. Jika Blog tajuk utamanya, yang lain-lain menjadi sisipannya.

Aku sangat malas untuk register selain Friendster ~ 'jika satu tak terusik, jangan diusik yang lainnya'.
Begitulah sikapku terhadap Friendster dan sekutu-sekutunya yang menarik tetapi ku tidak tertarik.

Setelah berjam-jam berdiskusi, terhiburlah kami dengan kesudahannya.
Akhirnya, tahap kesedaranku untuk mengisi masa kosong berhibur untuk berblog semakin meningkat ke tahap tinggi.
Semoga harapan yang terlahir, membentuk jalan hidupku yang terbaik..InsyaAllah.

1 comment:

acik said...

salam..pelan2 kayuh..lame2 ok la tu..keep it up..