Tuesday, November 10, 2009

My Beloved Family '09

dari kanan atas : aisyah(no5), aku(last), shariff(no3), firdaus(no2) & kak azua.
dari kanan tengah : ayahku, fiqri, mak ku & puteri nur balqis.
dari kanan bawah : rizal(no4), khairi(no1).

Friday, November 6, 2009

fikri pengganti ak buat nenek:))




tahun ni ak beraya di malaysia, dgn family shj, nk pegi rumah kwn smua da msuk kolej dan ade yg da start keje. terpaksalah beraya ke rumah kwan abg2 aku, mcm2 perangai pelik, pulak tu rye rumah perempuan jer..

alkisah, mlm raya, ak ngantuk dan tertidur, bgn2 je siap pkai bju rye dan pergi ke masjid.
tengah duduk blkg masjid ayah sy pn pggl sroh duduk dpan, mmg da tau mesti kne takbir rye, da la setahun x bertakbir dan mlm rye tertido smpai pg, maka cubelah utk mengelak, tp x terdaya.

tggu giliran, tinggal 1org org tua je takbir, tu je peluang nk igt blk...then,lpas tu dpt microphone terus,mmg cuak di buatny..alhmdllh,lpas jgk ak drpd terlupa atau tersangkut-sangkut.

Selepas sembahyang rye, ak x tau la plak sblh ak nazir masjid time ak takbir, sibuk la die memuji ak...dtg org laen puji lg, die bleh kate "klau anak die wlaupn skolah agama tp x mcm ak"..haaaa,ak da bosan dgn pujian mcmni, sbb ak bkn nk jd seorg yg tau bertakbir je,pastu mengharapkan pujian...selama ni ak elak fitnah, spy dipermudahkn oleh Allah utk ak berdakwah apabila sampai waktunya.


Habis je solat rye, petang tu suasana kembali seperti hari biase..beraye dgn ank buah yg nakal..keje die bermusuh dgn ak je. klau nak ssuatu buat2 nangis, pastu senyum..klau ak ad mknn ke air ke mainan ke buat2 baik dlu, klau buat x tau berpura2 nangis..dptlah ape yg die nk..tp mmg best melayan dan mengenakn budak2 ni:))

tahun ni lahir lah nur balqis, haaa, harap2 sme nakal mcm fikri tp x suke blsh pak su die..ni x, asyik nak gigit ak je dan cubit ak je, abes berbekas, thun depan tak tau pe jd plak maybe berparut plak:))

Wednesday, November 4, 2009

Org Jahat , di balas Baik

Ayat2 ni sesuai diamalkan oleh mne2 org islam, utk pelindungan diri. Amalkan jgn tinggal selama 40 hari supaya dapat istiqamah walaupn sikit.


لو أنزلنا هذا القرءان على جبل لرأته خاشعا متصدعا من خشية الله وتلك الأمثال نضربها للناس لعلهم يتفكرون ,
هو الله الذى لا إله إلا هوعلم الغيب والشهادة هو الرحمن الرحيم ,
هو الله الذي لا اله إلا هوالملك القدوس السلام المؤمن المهيمن العزيز الجبار المتكبر سبحان الله عما يشركون ,
هو الله الخالق البارئ المصور له الأسماء الحسنى يسبح له ما في السموات والأرض وهو العزيز الحكيم

33x /day sebagai amalan

mase nak gnekn senafas ayat lengkap wajah skali rupa org tu.

tu je, insyaAllah, kita akn tahu ape kelebihan ayat ini.

sedangkan gunung terbelah dua, apatah lg makhluk yg jahat?

org melayu ke atau org ape pun, bile die jauh dr Allah walaupn die kate dekat dgn Allah tetap nak berbuat jahat.

Pantang larang : Sentiasa kena jujur & x melawan ibu bapa.

p/s : sejahat-jahat ilmu hitam, xkn melepasi tahapnya dgn ayat quran.


jaga solat, jaga keluargamu..insyaallah,kita akn dpt menjaga masyarakat




wallahua'lam





Sunday, April 26, 2009

Kenapa Meniti Harapan?

~assalamu'alaikum~

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :

"Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah
orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat"

(Petikan Kitab Imam Ghazali)

Aku...
Malam menjelang senja.....ketika perjalanan menuju ke arah "bilikku-rumahku", terserempaklah dengan seorang kawan yang sudah lama ingin mencariku kerana bihunnya yang sudah berminggu di sisi ku~almaklumlah bihun cap makkah banyak berkatnya kerana kedudukan asal bihun yang strategik.

Suasana bilikku yang aman, memukau kawanku untuk melepak seketika. Sudah sedia maklum, keadaan yang aman melahirkan keinginan untuk berbual-bual, dan disenikannya lagi dengan kehadiran internet broadband yang baru diakseskan ke kediamanku.

Tajuk perbualan dimulai dengan jemputan melawat blog "Suatu Perjalanan" oleh kawanku. Sesungguhnya kemalasanku untuk melawat blog adalah sederhana, apatah lagi menjadi penulis blog yang peka dan rajin vs malas. Akhirnya, kawanku berjaya menarik keinginanku untuk membuat blog.

Aku yang malas ingin menjadi rajin, mungkin dengan "Meniti Harapan" otakku akan sentiasa berpusing-pusing untuk diperah isinya.
Idea tajuk blog datang secara tiba-tiba yang mula-mulanya bertajuk "Entah" kerana tidak pernah terfikir untuk membuat blog. Mungkin dalam Meniti Harapan akanku selitkan tentang hidupku, dan sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama.

"Setiap orang mempunyai harapan, dengan harapanlah kita sentiasa mencari erti kehidupan di bumi ini."Meniti Harapan" seolah-olah aku yang sedang berjalan ke satu arah, matlamatku ketika aku masih bernafas." -rusydi

Adakah sesuatu yang aku lakukan selaras harapanku?..
Bagaimanakah harapan membentuk jalan hidupku?..
Kenapa harapan penting?...

...Pagi yang menjelang, menggerakan seseorang yang rapat datang ke "bilikku-rumahku" dengan tujuan untuk menggunakan internet. Aktiviti kami semakin rancak, dari blog diskusi beralih ke Facebook, Hi5, Flixters, Friendster, dan Yahoo-Gmail accounts ~ Setiap tajuk utama, terdapat pula sisipannya. Jika Blog tajuk utamanya, yang lain-lain menjadi sisipannya.

Aku sangat malas untuk register selain Friendster ~ 'jika satu tak terusik, jangan diusik yang lainnya'.
Begitulah sikapku terhadap Friendster dan sekutu-sekutunya yang menarik tetapi ku tidak tertarik.

Setelah berjam-jam berdiskusi, terhiburlah kami dengan kesudahannya.
Akhirnya, tahap kesedaranku untuk mengisi masa kosong berhibur untuk berblog semakin meningkat ke tahap tinggi.
Semoga harapan yang terlahir, membentuk jalan hidupku yang terbaik..InsyaAllah.